Wednesday, June 09, 2004
Title:Terima Kasih...
Mood:Sad
Song:Juwita
Hmm..*Fikiran*
Aku duduk sambil memikirkan pengalaman yang lama.Pengalaman antara kau dan aku.Di mana kita memikirkan dunia ini milik kita.Di mana kita fikirkan kita dapat capai impian masing-masing.Tetapi,itu hanya mimpi,mimpi yang tidak akan berpanjangan.Mimpi yang akan membuat kita berpisah.Mimpi yang akan membuat kita lupakan antara sesama.Sekarang,kau dimana,aku di mana.Hidup kita telah berbeza.Jauh daripada berbeza.Kita telah menghapuskan kota cinta kita yang kita bina dahulu.Masing-masing sudah mendiamkan diri sendiri.Masing-masing mempunyai alasan tersendiri.Tetapi,Walaupun aku telah melupakan kau,aku ingin mengucap terima kasih kerana sudi memaafkan dosa silam.Kaulah permata yang menerangi kehidupan aku.Maafkan ku kerana tidak dapat mencapaikan cinta idaman yang kau inginkan...
Sekian...
7:52 PM